Halaman

Catatan Popular

GURU MALAYSIA

Ahad, 30 Oktober 2011

Petua Untuk Guru

KALAU GURU.....

Kalau guru mengajar sambil duduk
Murid belajar sambil mengantuk

Kalau guru mengajar sambil berlakon
Murid belajar dengan tekun

Kalau guru mengajar tanpa alat
Murid akan belajar dengan ralat

Kalau guru menjadi pemudah cara
Ramai murid pandai berbicara

Kalau guru kurang merancang
Dalam bilik darjah banyak temberang

Kalau guru suka berdamping
Banyak murid dapat dibimbing

Kalau guru mengajar banyak bercakap
Ada murid bertambah gagap

Kalau guru berbudi bahasa
Akan dikenang sepanjang masa

Kalau guru pentingkan diri sendiri
Murid tidak akan menghargai

Kalau guru penuh tanggungjawab
Disiplin murid mudah digilap

Read more...

Pengajaran Bahasa Melayu Tahun 6

Selasa, 30 Mac 2010

Pengenalan
Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran yang wajib diajar sama ada di sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan. Para pelajar wajib lulus dalam setiap peperiksaan awam untuk mendapatkan sijil am. Pengajaran Bahasa Melayu boleh dipelbagaikan mengikut tahap pembelajaran sama ada di sekolah rendah, menengah dan peringkat institusi pengajian tinggi. Tenaga pengajar pula akan dilatih untuk mengajar bahasa utama ini. Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar dan bahasa kebangsaan negara kita.

Pemeringkatan Bahasa Melayu
Bahasa Melayu tahun 6 telah diperingkatkan kepada dua bahagian :
1. Bahasa Melayu Pemahaman
Bahagian ini dapat dibahagikan kepada dua item kecil iaitu :
i.Sistem bahasa - pengajaran tatabahasa secara menyeluruh supaya pelajar memahami setiap
kandungan yang mesti dikuasai.
ii.Petikan - pengajaran membaca petikan, memahami dan mengulas isi petikan.

2. Bahasa Melayu Penulisan
Bahagian ini mempunyai tiga item :
i. Penulisan Bahagian A - pengajaran menulis 5 ayat tentang grafik(tunggal dan
bersiri), carta, jadual dan sebagainya.(10 markah)
ii. Penulisan Bahagian B - pengajaran tentang penulisan karangan berformat dan
tidak berformat. Pelajar dikehendaki menulis karangan
tidak melebihi 80 patah perkataan.( 30 markah)

iii. Penulisan Bahagian C - pengajaran mengenai ulasan tentang pengajaran dan
nilai murni berdasarkan petikan cerita atau puisi.
Penulisan mesti ditulis tidak lebih 50 patah
perkataan dalam satu perenggan.(20 markah)

Read more...

TUGASAN SCLM5033

Khamis, 7 Januari 2010

ASSALAMUALAIKUM,
Selamat Datang dan Selamat melayari blog saya semoga mendapat manfaat dan berkongsi idea.

Read more...

Kongsi Fail

BELAJAR SEPANJANG HAYAT

Assalamualaikum kepada pendidik yang mencintai ilmu dunia dan akhirat sepanjang hayat.............

Sesungguhnya ISLAM menggalakkan umatnya menimba ilmu sebanyak yang mungkin untuk digunapakai dalam kehidupan seharian supaya tidak tergelincir daripada landasan sebenar. Semua manusia ada ilmu yang dipelajari sejak dari kecil hingga kini. Ilmu yang didapati oleh setiap manusia berbeza mengikut minat, kefahaman dan arah tujuan. Manusia boleh membentuk diri masing-masing dengan ilmu pengetahuan yang ada sama ada baik atau buruk perjalanan hidup yang sementara ini.

Hayatilah ilmu yang diperoleh itu dengan sebaik mungkin dan curahlah ilmu kepada yang memerlukan, JANGAN sesekali menyalahgunakan ilmu yang ada dengan perkara yang menyalahi hukum dan undang-undang kehidupan manusia normal.

Wassalam.

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP